ISU SEMASA
Yayasan YTL Memberikan Telefon Pintar Dengan 120GB Data Secara Percuma Kepada Pelajar Dari Keluarga B40
YTL Foundation yang bekerjasama dengan YES dan FrogAsia telah menyediakan data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma yang disediakan khas untuk semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di Malaysia. Bersama-sama, kita menjaga keselamatan anak-anak dan terus mendorong mereka dari segi pembelajaran!
Telefon Bimbit Percuma Diberikan Kepada Pelajar Dari Keluarga B40
Pihak YTL akan menghulurkan bantuan dengan memberikan telefon bimbit secara percuma, dilengkapi dengan data sebanyak 120GB (iaitu 10GB sebulan selama 12 bulan) bagi membantu para pelajar dari keluarga B40 untuk meneruskan pembelajaran mereka dari rumah.
Peranan Guru Dalam Menyalurkan Telefon Bimbit Percuma
Sebagai pejuang barisan hadapan, khidmat para guru amat diperlukan dalam mengenal pasti para pelajar yang tidak berkemampuan dan tidak mempunyai sebarang gajet yang canggih untuk menerima manfaat ini.
Sekiranya guru-guru mendapati mana-mana pelajar dari golongan keluarga B40 yang tidak mempunyai sebarang alat peranti dan tidak dapat menjalankan pembelajaran atas talian dari rumah, sila senaraikan nama mereka di borang yang disediakan melalui pautan di bawah:
Klik pautan ini : https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/
3 Langkah Mudah Untuk Menamakan Pelajar Yang Memerlukan Bantuan
Langkah 1# Namakan pelajar yang memerlukan bantuan
- Lengkapkan butiran peribadi anda, pelajar yang terpilih berserta ibubapa pelajar.
- Sekiranya diterima, ibubapa akan mendapat notifikasi e-mel untuk melengkapi proses permohonan termasuk memuat naik borang B40 mereka.
- Sekiranya permohonan berjaya, guru dan ibubapa akan menerima e-mel berkenaan penghantaran
Untuk pencalonan pelajar yang berkelayakan untuk memohon telefon bimbit percuma dari YTL Foundation, sila klik pautan di bawah:
Pencalonan Pelajar: https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/
Post a Comment
1 Comments
Tolong terangkan
ReplyDelete