ISU SEMASA
Senarai Bantuan Kerajaan Covid-19 Yang Perlu Anda Mohon. Khas Kepada Rakyat Yang Terjejas Akibat PKP
Berikut dikongsikan senarai bantuan COVID-19 untuk rakyat yang terjejas terutama apabila PKP dilanjutkan lagi 28 April 2020.
Dibawah merupakan bantuan rasmi seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk portal rasmi Kementerian masing-masing. Sila baca bantuan dibawah dan cara-cara untuk memohon bantuan tersebut.
Dibawah merupakan bantuan rasmi seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk portal rasmi Kementerian masing-masing. Sila baca bantuan dibawah dan cara-cara untuk memohon bantuan tersebut.
1) Permohonan Bantuan Tabung COVID-19 JKM NADMA.
Antaranya adalah bantuan RM100 sehari bagi pekerja yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19.
Baca selanjutnya ; Bantuan Tabung COVID-19 JKM NADMA
2) Cara Mohon Bantuan RM600 Untuk Pekerja Yang Terpaksa Cuti Tanpa Gaji
Bagaimanakah untuk membuat permohonan BANTUAN kerajaan sebanyak RM600 susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) seperti yang dikemukakan oleh perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini. Bantuan ini akan dikendalikan oleh PERKESO dimana bantuan kewangan sebanyak RM600 ini disalurkan kepada setiap majikan dan kemudian majikan akan membayar terus kepada setiap pekerja yang terlibat.
Baca selanjutnya ; Bantuan RM600 untuk pekerja yang terpaksa cuti tanpa gaji
3) Daftar Secara Online Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 MAIWP Kepada Golongan Yang Terjejas
Kepada mereka yang berada di Wilayah Persekutuan yang pendapatanya terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberikan Bantuan Zakat Kecemasan bagi membantu kepada golongan yang terjejas.
Baca selanjutnya ; Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 MAIWP.
4) Permohonan Bantuan COVID-19 Dibuka Majlis Agama MAIK
Berita baik untuk mereka yang terjejas akibat dari virus COVID-19 ini dimana Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ingin memberi bantuan kepada golongan ini terutama mereka yang daripada golongan asnaf melalui program yang diberi nama Program Prihatin MAIK.
Baca selanjutnya ; Bantuan COVID-19 Dibuka Majlis Agama MAIK.
5) Program Subsidi Upah PERKESO Pakej Prihatin PKS
Berikut merupakan maklumat tambahan Program Subsidi Upah PERKESO yang telah diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini melalui Pakej Prihatin PKS. Program ini dilanksanakan sebagai langkah Kerajaan membantu majikan mengekalkan pekerja sepanjang tempoh PKP.
Baca selanjutnya ; Program Subsidi Upah PERKESO Pakej Prihatin PKS.
6) Bantuan Covid-19 Kerajaan Negeri Sabah Secara Online
Baru-baru ini telah dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Sri Mohd Shafie Apdal berkenaan Pakej Bantuan Covid-19 Kerajaan Negeri Sabah. Ramai rakyat Sabah yang belum mendapat Bantuan disebabkan segelintir rakyat Sabah yang tidak mengetahui tentang pengisian maklumat ini terutamanya kepada golongan yang berumur.
Baca selanjutnya ; Bantuan Covid-19 Kerajaan Negeri Sabah.
7) Pakej Bantuan Prihatin Nasional Untuk Pelajar Sebanyak RM200 ONE-OFF
PRIHATIN yang diumumkan YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 adalah bantuan secara one-off RM200 kepada setiap pelajar sepenuh masa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) meliputi pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Baca selanjutnya ; Bantuan Prihatin Nasional Untuk Pelajar Sebanyak RM200 ONE-OFF.
8) Permohonan & Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ
Pusat Pungutan Zakat MAIWP ada menyediakan bantuan khas COVID-19 yang dikenal sebagai Musaadah Khaira PPZ. Melalui bantuan ini, anda boleh memohon RM300 tunai secara online. Bantuan ini adalah dibuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa.
Baca selanjutnya ; Permohonan & Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ.
KESIMPULAN
Berikut adalah senarai 8 bantuan yang diumumkan oleh kerajaan. Bantuan ini akan disalurkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan Wabak Covid-19 ini.
Semoga informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu kepada golongan yang memerlukan agar rakyat mendapat manfaatnya dan semoga Wabak Covid-19 ini hilang dari bumi Malaysia dan akitiviti harian dapat dijalankan seperti biasa.
Post a Comment
0 Comments