Permohonan & Semakan Status Rentas Negeri Secara Atas Talian Melalui Aplikasi (GERAK MALAYSIA)



Bagi yang terkandas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda boleh membuat permohonan untuk merentas negeri bermula esok (26 April) melalui aplikasi Gerak Malaysia.

Menurut laporan akhbar, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi masa tiga hari (1-3 Mei) kepada orang ramai untuk melakukan pergerakan antara negeri (inter-state).

Permohonan juga boleh dibuat secara bertulis di balai polis yang berdekatan namun keutamaan akan diberikan kepada masyarakat yang menggunakan aplikasi Gerak Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata bahawa mereka yang telah membuat permohonan menerusi aplikasi tersebut perlu mengemaskini permohonan pada 29 April untuk mengesahkan destinasi perjalanan.



Semakan status permohonan tersebut akan dimaklumkan bermula 1 Mei nanti.

“Bagi mereka yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), adalah diingatkan bahawa, tiada sebarang kemudahan makanan disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Kesemua surau akan ditutup dan sebarang aktiviti solat berjemaah di R&R tidak dibenarkan termasuklah di dalam mana-mana bangunan, kawasan lapang, tempat letak kereta dan lain-lain,” katanya.

Hanya fasiliti tandas awam sahaja yang dibenarkan beroperasi.



Kawasan meletak kenderaan akan dibenarkan hanya bertujuan untuk berehat dan pengguna lebuh raya tidak dibenarkan keluar daripada kenderaan semasa dalam tempoh rehat kecuali untuk menggunakan tandas awam.

Stesen minyak hanya akan beroperasi antara jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam di sepanjang lebuh raya dan masyarakat dilarang melakukan sebarang aktiviti secara berkumpulan dalam tempoh perjalanan.

“Satu kenyatan media berhubung tatacara pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia akan dikeluarkan pada hari ini dan diikuti dengan satu sidang media pada 29 April tentang pergerakan merentas negeri bagi memastikan perjalanan mereka lancar dan teratur,” katanya.


DOWNLOAD APLIKASI GERAK MALAYSIA

Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play atau App Store. bermula hari ini.

Secara ringkasnya, GERAK MALAYSIA adalah satu usaha untuk memudakan  Kerajaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19 dan membendung penyebaran virus melalui pengesanan kontak rapat.

GERAK MALAYSIA juga akan memaparkan semua maklumat terkini daripada pihak-pihak berkuasa serta langkah-langkah mencegah wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada ketika ini.

Post a Comment

0 Comments