ISU SEMASA
Permohonan Bantuan COVID-19 Dibuka Majlis Agama MAIK
Berita baik untuk mereka yang terjejas akibat dari virus COVID-19 ini dimana Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ingin memberi bantuan kepada golongan ini terutama mereka yang daripada golongan asnaf melalui program yang diberi nama Program Prihatin MAIK.
Senarai Bantuan Program Prihatin MAIK COVID-19
Dengan peruntukan sebanyak RM1 juta, MAIK telah memberikan beberapa jenis bantuan kepada rakyat Kelantan disaat getir COVID-19 ini kepada mereka yang memerlukan seperti:
1. Dengan kerjasama kerajaan Kelantan sendiri, MAIK telah memberikan makanan asas yang bernilai RM100 kepada keluarga di Kelantan.
2. Sebanyak RM602 ribu telah diperuntukkan kepada masjid (mengikut bandar, jajahan dan mukim) yang mana kemudiannya akan diagihkan kepada keluarga asnaf.
3. Sumbangan makanan pagi, tengahari dan malam untuk ‘frontliner’ di HRPZ II Kota Bharu.
4. Bayaran gaji penuh kepada semua pekerja sambilan MAIK yang sebelum ini menerima gaji harian.
5. Bayaran penuh elaun bulan Mac kepada para mualaf orang asli dan guru agama MAIK.
6. Bantuan bulanan (bulan Mac) golongan asnaf telahpun diberikan kepada 9015 penerima.
Baca juga: Permohonan Bantuan Tabung COVID-19 JKM NADMA.
Cara Memohon Bantuan COVID-19 MAIK
Untuk rakyat Kelantan yang layak – golongan asnaf atau sesiapa sahaja yang tidak berkecukupan ketika proses PKP ini, anda amatlah digalakkan untuk memohon terus Permohonan Program MAIK ini.
Cara memohon adalah anda boleh membuat panggilan terus di talian hotline MAIK dibawah ini:
Hotline MAIK: 09-7443660 / 09-7481512
Masa Operasi: Ahad – Khamis [9 pagi – 12 tghari]
Atau anda juga boleh membuat aduan kepada MAIK secara online di website rasmi http://www.e-maik.my.
Semoga bermanfaat. Terima Kasih
Post a Comment
3 Comments
Selangor tak.de.ke
ReplyDeleteLorong sungai petanak kuching no158
DeleteBelum pernah dapat bantuan.. Kami perlukan dengan segara
ReplyDelete