Mohon Bantuan Khas Covid-19 Negeri Sarawak Melalui Aplikasi Darurat TBS



Bantuan Darurat TBS – Satu aplikasi yang dinamakan "Darurat TBS" adalah untuk pemohon melalukan permohonan Bantuan Covid-19 secara dalam talian. 


Aplikasi Darurat TBS dilancarkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak bagi memudahkan proses permohonan bantuan khas COVID19 dengan cepat dan mudah.



Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah memperuntukkan dengan jumlah RM3.5 juta dengan memberi pelbagai bantuan kepada lebih 20,733 individu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia.


Bagi memastikan pengagihan bantuan sampai kepada golongan sasar, aplikasi yang menggunakan platform android dan iOs (akan datang) yang dinamakan ‘Darurat TBS’ diwujudkan bagi menyantuni permohonan bantuan khas COVID-19 di Sarawak dengan tempoh yang lebih singkat dan efesien. Aplikasi ini boleh dimuat turun percuma melalui laman rasmi TBS yang boleh diakses melalui pautan di bawah.

VIDEO PENGENALAN APLIKASI BANTUAN DARURAT TBS




KAEDAH PERMOHONAN

Menerusi aplikasi ini, pemohon hanya perlu masukkan no kad pengenalan dan swafoto untuk pengesahan. Seterusnya pengguna perlu menjawab beberapa siri soalan bagi menentukan kelayakan. Mereka yang layak memohon adalah:

  • Beragama Islam
  • Berasal dari Sarawak
  • Berusia 18 tahun ke atas
NILAI BANTUAN

Bagi isi keluarga yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM250, manakala individu perseorangan pula akan menerima bantuan berjumlah RM100. Proses pembayaran akan di buat dalam tempoh maksimum 7 hari.


MUAT TURUN APLIKASI "BANTUAN DARURAT TBS" di sini.




KESIMPULAN 

Semoga info ini memberikan manfaat kepada Warga Sarawak yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan sejak 18 Mac 2020 lalu. Sebarang pertanyaan sila kemukakan komen anda di bawah.

Post a Comment

5 Comments

  1. kmk dh coba tbn tok ...nak ic ngan swapfoto langsung xdpt

    ReplyDelete
  2. Kmk sampe kinek belom dpt bnatuan tok...org lain dh bnyk dpt sedangkan kmk ibu tunggal...10 hati bln sidak mtk detail n no acc tp belum ada berita...lps ya kmk coba gik mohon tbs mdh kmk lom ngesah identiti...kinek kmk nunggu pengesahan,.knk terlalu ssh bah nk mohon bantuan tok...mtk gmvr ic dn gmbr mala mdh gmbr x sama ngm gambar ic.,.tolong la kmk tok..kmk merlu gilak2 bnatuan utk ank2 kmk...

    ReplyDelete
  3. Oii org baitulmal!,0rg TBS!apahal bila part nk bgambar tok mcm2 jk reply mdh ic x sama ngn no,x sama ngn muka lh,xsama kaler lh,sial ktk org tang main2 jk rupa,sampei juak standard glk syarat2 swap foto bantuan ya pey 100x bgambar pn xpat!org nk mtk bantuan tok org xmampu nk ber hp mhl2 tauk kh!!nk bisik camera hp canggih ya x mampu tauk!!pkp tok,xbkerja jd bekuk otak ktk org ya kh?? Mn ssh glk gia...mkn jk ktk org pun,pajoh jk duit bantuan k bala2 ktk org pun jk cia! Menyusahkan,ngasak ati org jk!!batal p0sa ritok pn xhal! Janji ktk org sdr; mslh rakyat sekitar Kuching tok!!

    ReplyDelete
  4. Jangan orang islam minta pada gereja/tokong sudalah.. Akibat terdesak untuk sara hidup. Mudahan dijauhkan.. Aminn..

    ReplyDelete
  5. Dah 2 kali apply mdh berjaya n layak tp dah sebulan cerita x juak ada feedback gne nk merik bantuan 250 ya..hampeh ada jk..ngasak ati ada jk..hmm..😒😪

    ReplyDelete