Cara Membuat Permohonan Bantuan Covid-19 Kerajaan Negeri Sabah Secara Online Lebih Mudah & Cepat. Tak Perlu Daftar e-kasih



Baru-baru ini telah dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Sri Mohd Shafie Apdal berkenaan Pakej Bantuan Covid-19 Kerajaan Negeri Sabah. Ramai rakyat Sabah yang belum mendapat Bantuan disebabkan segelintir rakyat Sabah yang tidak mengetahui tentang pengisian maklumat ini terutamanya kepada golongan yang berumur.

Sebelum ini, kita perlu mengisi maklumat melalui e-kasih. Kemudian, ada yang sepatutnya layak menerima bantuan tetapi tidak lulus. Oleh hal demikian, kerajaan Sabah mengambil langkah inisiatif untuk memudahkan sistem permohonan dengan melancarkan sistem baru bagi memudahkan proses-proses permohonan.



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN ADALAH SEPERTI BERIKUT ;

Sebelum membuat permohonan pastikan membuat penyemakan terlebih dahulu dengan mengisi nombor kad pengenalan. Setelah itu, anda akan diberitahu status permohonan anda sama ada sudah mempunyai rekod permohonan LULUS atau BELUM. Jika LULUS, anda tidak perlu lagi untuk membuat permohonan Bantuan ini.

1) LANGKAH PERTAMA
  1. ISI NOMBOR KAD PENGENALAN.
  2. KLIK PADA "Saya bukan robot"
  3. SEMAK.



LINK RASMI BANTUAN COVID-19 NEGERI SABAH : https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/

2) LANGKAH KEDUA

  1. YANG SUDAH LULUS, TIDAK PERLU MEMBUAT PERMOHONAN.
  2. TIADA REKOD PERMOHONAN, PERLU MEMBUAT PERMOHONAN.
  3. BACA GOLONGAN-GOLONGAN YANG LAYAK MEMOHON.
  4. KLIK PADA "BUAT PERMOHONAN" UNTUK PERMOHONAN BARU.
3) LANGKAH KETIGA
  1. TANDA PADA GOLONGAN MENGIKUT KELAYAKAN ANDA.
  2. KALAU ANDA TERGOLONG LEBIH DARI SATU GOLONGAN, BOLEH TANDA MENGIKUT MENGIKUT GOLONGAN ANDA.



4) LANGKAH KEEMPAT
  1. ISI NOMBOR KAD PENGENALAN ANDA.
  2. ISI NAMA PENUH SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN.
  3. NOMBOR TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI.
  4. DAERAH.
5) LANGKAH KELIMA
  1. ISI MAKLUMAT PEKERJAAN ANDA DAN PENDAPATAN.
  2. PASTIKAN MAKLUMAT YANG DI ISI ADALAH BETUL.
  3. JIKA ANDA TIDAK MEMPUNYAI KWSP ATAU NO. CUKAI PENDAPATAN BIARKAN SAHAJA KOSONG.
6) LANGKAH KEENAM
  1. PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI MAKLUMAT AKAUAN BANK.
  2. ISI NAMA BANK & NOMBOR AKAUN BANK.
  3. PASTIKAN ADA GAMBAR KAD PENGENALAN DAN NOMBOR AKAUN BANK.
  4. KLIK PADA "Saya bukan robot"
  5. KLIK PADA "HANTAR PERMOHONAN".
DALAM SEKITAR 1 MINGGU KEBAWAH ANDA AKAN MENDAPAT KEPUTUSANNYA

Semoga maklumat ini dapat memudahkan anda membuat proses permohonan dan jangan lupa untuk SHARE maklumat ini kepada seluruh warga Sabah yang layak untuk memohon.

Post a Comment

7 Comments

  1. Bgmn kalau yg memohon itu adalah anak oku serebral palsi yg tiada buku akaun bank utk dptkan bantuan covid19 dari krjn negeri?

    ReplyDelete
  2. Bagaimana kalau istre asing khawin orang malaysia dan sekarang da bercerai tpi ada anak warga malaysia adakah saya boleh minta bantuan

    ReplyDelete
  3. Blik2ksh msuk no ic...x dlm permohonan katanya...jdi,mau mmohon tu mcm mna supaya klau mau semak x lgi di tulis x dlm pmohonan

    ReplyDelete
  4. Macamana jika nama kita tiada dalam permohonan?macamana nak memohon?

    ReplyDelete
  5. cara daftar mcm mna ? sudah buat step tapi tiada ruangan untuk mendaftar. kena ckp tiada rekod tapi mendaftar tidak dapat. tutup sudah ka ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan sabah banyak kelentong menipu saja. Tiada pun tulis buat pemohonanan

      Delete