SEMAKAN ONLINE
Syarat Layak Terima Bantuan RM600 (ERP) Kewangan Kerajaan & Cara Mohon Bantuan RM600 Untuk Pekerja Yang Terpaksa Cuti Tanpa Gaji
Bagaimanakah untuk membuat permohonan BANTUAN kerajaan sebanyak RM600 susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) seperti yang dikemukakan oleh perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Bantuan ini akan dikendalikan oleh PERKESO dimana bantuan kewangan sebanyak RM600 ini disalurkan kepada setiap majikan dan kemudian majikan akan membayar terus kepada setiap pekerja yang terlibat.
Berikut adalah merupakan cara-cara untuk membuat permohonan bantuan kewangan RM600 untuk meringankan beban kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji (CTG) dengan mengikut Pengekalan Pekerjaan (ERP) dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020).
SYARAT UNTUK MEMOHON BANTUAN KEWANGAN PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)
ERP akan menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan , Maksimum 6 bulan kepada mana-mana majikan dan pekerja yang memenuhi syarat kelayakan berikut :-
- Bantuan hanya terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
- Pekerja sektor swasta pula yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)
- Pekerja yang diberi notis kerja tanpa gaji bermula pada 1 Mac 2020.
Untuk mendapatkan bantuan RM600 ini, setiap majikan perlulah membuat permohonan bagi pihak pekerja dan menyalurkan bantuan RM600 ini terus ke dalam akaun pekerja.
CARA UNTUK MEMOHON
Permohonan adalah dibuat secara online atau melalui borang yang disediakan oleh mana-mana pejabat PERKESO oleh majikan untuk pihak pekerja dan majikan haruslah bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kewangan RM600 kepada pekerja yang terlibat.
Senarai pekerja hendaklah mengandungi butiran-butiran berikut:
- Nama Penuh Pekerja
- Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN)
- Nama Jawatan (job title)
- Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
- Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi
MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PERMOHONAN BANTUAN KERAJAAN
Di bawah adalah merupakan pautan utama majikan dan pekerja juga boleh merujuk kepada tatacara permohonan Bantuan Kewangan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.Rujuk sini untuk mendapatkan maklumat lengkap PERKESO
Post a Comment
0 Comments