Bantuan RM1600 Kepada Isi Rumah & RM800 Untuk Bujang - Pakej Rangsangan Ekonomi


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan ucapan tentang Pakej Rangsangan Ekonomi - Prihatin Rakyat dimana ia akan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Di samping itu, akan meringankan sedikit sebanyak beban yang di tanggung oleh semua lapisan masyarakat yang terbeban dengan tularnya wabak Covid-19 ini.




Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi - Bayaran Prihatin Nasional 

Antara Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah :

  1. Isi rumah yang berpendapatan RM4000 dan ke bawah -> Bayaran tunai secara one-off.
  2. Isi rumah yang berpendapatan RM4000 sehinggah RM8000 -> bayaran tunai RM1000 secara one-off.
  3. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan RM2000 dan ke bawah -> Bayaran tunai RM800 secara one-off.
  4. Pelajar IPTA -> RM200 secara one-off akan diagihkan pada mei 2020.
  5. Penjawat Awam gred 56 dan ke bawah -> RM500 secara one-off.
  6. Pesara Kerajaan - RM500 Secara one-off.
  7. Pekerja perpendapatan RM4000 -> Upah RM600 sebulan.
  8. Pemandu e-hailing/Teksi -> RM500 secara one-off.
  9. Pengecualian bayaran sewaan PPR selama 6 bulan.
  10. Baki BSH akan dibayar secara tunai pada bulan julai.
  11. Elaun khas RM600 sebulan kepada doktor, jururawat dan kakitangan yang terlibat menangani wabak Covid-19 mulai 1 April.
  12. Panjangkan elaun RM200 sebulan kepada tentera, polis, imigresen, rela dan mereka yang terlibat.
  13. Syarikat insurans & takaful keluarga akan tawar penangguhan pembayaran premium untuk 3 bulan.
  14. Internet percuma kepada semua pelanggan bermula 1 April sehingga tamat wabak Covid-19.




BACA JUGA : Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Akibat Covid-19

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan dilanjutkan lagi ke 14 April 2020. Hal ini akan menyebabkan kesan kepada peniaga kecil, pemandu teksi, petani dan banyak lagi.

Oleh itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan ini agar dapat meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat dan beliau berkata akan melaksanakan tugas dengan baik menyedari amanah berat yang dipikul & tanggungjawab sepenuhnya terhadap semua golongan rakyat dan beliau tidak akan ada rakyat yang tercicir. 


Post a Comment

0 Comments