Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR1M)



Kami di Portal MKERJAYA ada jawapannya!

Portal MKERJAYA akan memberikan anda segala informasi asas yang perlu diketahui mengenai program yang sedang heboh diperkatakan ini. Kami disini akan membantu anda untuk memahami lebih mendalam tentang program RMR1M ini.

Jom!

RUMAH MESRA RAKYAT (RMR1M)



Berita baik untuk rakyat Malaysia yang memliki tanah sendiri tetapi masih belum mempunyai modal yang mencukupi untuk mendirikan rumah sendiri.

Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang tidak pernah berhenti mencuba untuk mendengar dan memenuhi keperluan rakyat Malaysia dimana pihak kerajaan telah menjayakan satu program di bawah SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) yang dipanggil Program Rumah Mesra Rakyat SPNB.

Program Rumah Mesra Rakyat ni akan membuka pintu kepada warganegara yang mempunyai pendapatan rendah tetapi berhasrat mendapatkan rumah impian sendiri, dan selesa untuk diduduki bersama keluarga tercinta. Seperti program-program anjuran Kerajaan yang lain, untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat ini, terdapat syarat dan kriteria yang perlu di patuhi oleh warganegara yang ingin memohon Rumah Mesra Rakyat

Inisiatif kerajaan yang diwujudkan untuk membantu golongan ni dikendalikan sepenuhnya oleh SPNB Mesra Sdn Bhd, dan menawarkan 2 program:

  1. Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)
  2. Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)

Tujuan utama penubuhan RMR1M adalah untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah yang tinggal di rumah usang atau tidak mempunyai rumah, tetapi memiliki tanah dengan syarat yang cukup, untuk membina rumah sendiri.

Manakala RMRPLUS pula adalah program alternatif yang mensasarkan golongan yang tidak layak untuk mendapat subsidi RMR1M kerana tak memenuhi kriteria permohonan.

Bagi mereka yang gagal memohon RMR1M, atau permohonan telah ditolak kerana tak menepati syarat-syarat yang telah ditentukan, tapi jangan putus asa dulu kerana anda masih boleh cuba memohon untuk RMRPLUS. Ia mempunyai konsep asas yang sama, namun ianya khas untuk mereka yang mempunyai tanah sendiri tapi telah melebihi syarat minimum program RMR1M.

Baca juga : Pendaftaran Permohonan & Kemaskini BSH 2020



Sekiranya anda dari golongan berpendapatan rendah tetapi mempunyai tanah yang sesuai untuk membina rumah, memang sangat-sangat berbaloi untuk anda cuba memohon RMR1M.

Kerajaan juga telah menyediakan subsidi bagi mereka yang ingin membina Rumah Mesra Rakyat ini, jadi anda memang dapat berjimat dengan banyak.

Jika kita ikutkan kos binaan rumah itu sebanyak RM80,000, ditambah pula dengan pemberian subsidi kerajaan sebanyak RM20,000. Maka dengan ini, anda hanya perlu memohon pinjaman bank untuk baki RM60,000 sahaja lagi. Bayaran bulanan rumah anda mungkin tak sampai RM300, dan anda akan dapat mendiami rumah sendiri, di atas tanah sendiri. Bukankah ini berbaloi?

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat 2020 (RMR1M) Secara Online

Berikut, Portal Graduan Semasa ,menyertakan segala informasi yang anda perlu ketahui seperti syarat-syarat peermohonan, cara membuat permohonan dan banyak lagi;

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR1M)
Untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat, kedua-dua program mempunyai syarat-syaratnya tersendiri, seperti yang tertera di bawah.

1) Syarat Permohonan RMR1M:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun.
  • Pendapatan kasar isi rumah adalah di antara RM750 hingga RM3,000 sebulan.
  • Pemohon/Pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya.
  • Jika pemohon adalah bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.2) 
Syarat Permohonan RMRPLUS:Warganegara Malaysia.
Berumur 18 tahun dan ke atas.
Mempunyai tanah sendiri atau merupakan salah seorang pemilik.
Jika bukan tuan punya tanah, perlu mendapatkan keizinan daripada pemilik tanah dahulu.
Biayai kos pembinaan menerusi bayaran tunai atau berkelayakan untuk mendapat pinjaman bank atau institusi kewangan.
Syarat tanah adalah tertaluk kepada keluasan rekabentuk dan kaedah pembiayaan.

CARA-CARA PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR1M)




Cara Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:

  1. Muat turun borang permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB dari laman web http://www.spnbmesra.com.my/ (*sedang dikemaskini), atau dapatkan dari pejabat wakil rakyat.
  2. Isi dan lengkapkan borang permohonan.
  3. Hantar borang yang lengkap diisi beserta semua dokumen diperlukan.
  4. SPNB akan menilai sama ada pemohon layak atau tidak untuk menerima bantuan (pemohon akan dimaklumkan sewajarnya).

Antara dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan tuan tanah (jika tanah orang lain).
Salinan geran hak milik tanah terbaru.
Salinan slip gaji pemohon dan pasangan.

CONTOH RUMAH MESRA RAKYAT (RMR1M)


Soalan Lazim RMR1M
1.) Berapa lama tempoh permohonan akan diluluskan?
Tiga (3) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima dan menepati syarat dan tertakluk kepada peruntukan kewangan dan kelulusan pembiayaan

2.) Bolehkah pemohon memohon sekiranya tanah mempunyai ramai tuan tanah?
Boleh, sekiranya mendapatkan kebenaran daripada semua tuan tanah

3.) Bolehkah pemohon memohon sekiranya tuan tanah telah meninggal dunia?
Tidak dibenarkan kerana syarat utama adalah perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah

4.) Bolehkah pemohon memohon lebih daripada 1 buah RMR1M di tanah yang sama?
Boleh, sekiranya keluasan tanah mencukupi dan pemohon yang berlainan, tertakluk kepada kelulusan pinjaman.

5.) Berapa lama tempoh pembinaan RMR1M?
Tidak melebihi 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong/tarikh perjanjian

6.) Bolehkah pemohon membuat pengubahsuaian kepada rumah?
Boleh, setelah tempoh pembaikan kecatatan tamat dalam tempoh 1 tahun selepas serahan kunci dibuat.
KESIMPULAN

Kami berharap perkongsian maklumat mengenai Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat daripada kami kali ini dapat membantu anda memiliki rumah idaman anda sendiri. Rebut peluang keemasan ini untuk memastikan cita-cita anda memiliki rumah tercapai.

TERIMA KASIH, JANGAN LUPA SHARE KEPADA RAKAN-RAKAN DAN KELUARGA YANG TERDEKAT !

Post a Comment

1 Comments

  1. Geran tanah ada di bank sebab dh mintak rumah mesra rakyat 3 tahun lepas,adakah masih boleh memohon lagi di tanah yg sama

    ReplyDelete