Panduan Untuk Mohon Online & Kemaskini BSHR Fasa 2 (Mei & Ogos) 2020



Bagaimanakah langkah-langkah untuk anda membuat proses kemaskini dan juga semakan status pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk bulan Mei & Ogos tahun 2020 ini?
Bagaimanakah cara untuk anda membuat pendaftaran BSH untuk fasa dua ini? Adakah ia mengikut prosedur yang sama?







Cara Untuk Memohon Secara Online & Kemaskini BSHR Fasa 2 (Mei & Ogos) 2020 memberikan anda cara-cara dan segala proses yang perlu anda lalui untuk membuat kemaskini dan semakan status pembayaran BSH Fasa 2 nanti. Pastikan anda sentiasa peka dengan maklumat disampaikan mengenai BSH ini.

Anda berminat?

Jom baca sampai habis!

BANTUAN SARA HIDUP (BSH) FASA DUA
‘Penyaluran fasa kedua Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun kira-kira 300,000 penerima berikutan nombor akaun bank yang didaftarkan tidak tepat.’

– Menteri Kewangan, Lim Guan Eng
Antara sebab-sebab utama mengapakah anda masih belum mendapatkan bantuan BSH atau dikreditkan ke akaun penerima adalah kerana perbezaan maklumat di mana penerima iaitu suami manakala akaun bank adalah nama isteri. Perbezaan maklumat ini membuatkan proses mengkreditkan duit ke akaun anda terbantut.

Meskipun terdapat banyak percanggahan mengenai isu ini, namun tiada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak LHDN yang dapat kami kongsikan dan bincangkan bersama di sini. Sama-sama kita nantikan apa-apa kemaskini yang terbaru.


  • BSH kali ini mengutamakan keluarga dengan menyediakan dana tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad 4 orang sahaja). Manakala bagi anak OKU tiada had umur dikenakan.
  • Ibu bapa tunggal dan warga emas (berkahwin / bujang).
  • Pemohon kategori Bujang pula akan menerima RM100 penghujung Mac nanti.
  • Golongan OKU yang menerima Elaun Pekerja Cacat RM400 sebulan turut layak menerima BSH Bujang RM100.

Kemaskini & Semak Status Pembayaran BSH (Mei & Ogos) 202
0

Berikut kami kongsikan maklumat mengenai proses kemaskini BSH yang terkini serta beberapa maklumat penting yang lain buat rujukan anda;
Proses kemaskini boleh dibuat secara online atau secara manual di kaunter-kaunter LHDN terdekat dan semua pemohon WAJIB kemaskini permohonan BSH masing-masing kecuali kategori Bujang.

KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP 2020



Hanya pemohon kategori Bujang dan warga emas tidak perlu kemaskini permohonan BSH.
Selain kategori tersebut, anda wajib kemaskini permohonan masing-masing.
Antara maklumat yang diperlukan ketika proses kemaskini ialah:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris
Kegagalan mengemaskini akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses dan tidak layak menerima pemberian BSH fasa kedua dan ketiga pada Mei dan Ogos nanti.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BSH 2020
  1. Pembayaran BSH fasa kedua akan dibuat pada bulan Mei manakala fasa ketiga pada bulan Ogos nanti.
  2. Anda boleh semak status permohonan sama ada di portal rasmi bsh.hasil.gov.my atau melalui applikasi Bantuan Sara Hidup.
  3. Selain itu, anda juga boleh menghubungi LHDNM: 1-800-88-2747 atau MoF: 03-8882 4565 / 4566 untuk semakan status permohonan.
  4. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan.
PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP 2020



Permohonan baru dan kemaskini BSH akan dibuka semula pada Februari hingga tarikh tutup 15 Mac ini. Ia boleh dibuat secara online atau melalui borang Bantuan Sara Hidup yang disediakan seperti berikut:

Semua borang ini boleh diserahkan di kaunter-kaunter LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), pejabat SUK negeri atau di pejabat daerah berhampiran.

Antara dokumen yang diperlukan ketika mengisi borang Bantuan Sara Hidup:

Pemohon

  • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  • Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Pasangan

  • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
  • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / No. KP Lama / Sijil Lahir
Anak

  • Salinan Sijil Lahir
  • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan JPN (bagi anak angkat)
Setiap pemohon MESTI mengisi maklumat telefon bimbit kerana nombor tersebut akan digunakan bagi tujuan Transaction Authorizatian Code (TAC). Nombor TAC akan digunakan ketika pemohon log masuk MyBSH bagi membuat semakan, kemas kini permohonan, cetakan, paparan permohonan dan Peti Mel secara dalam talian.
Nombor TAC akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan.

Selamat berjaya kami ucapkan kepada yang baru memohon BSH dan sentiasa peka terhadap apa-apa maklumat terkini mengenai BSH ini.

Post a Comment

0 Comments