SEMAKAN ONLINE
Iklan Permohonan Program Lesen Motosikal Percuma 2020
Program lesen motosikal percuma diteruskan lagi tahun ini.
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan lesen motosikal percuma 2020 di bawah skim iDANA Terangganu.
Untuk makluman, pemberian lesen motor percuma ini hanya terhad untuk 25,000 orang sahaja.
Permohonan boleh dibuat bermula 20 Februari sehingga tarikh tutup 12 Mac.
Sekiranya anda berminat, sila isi borang permohonan secara online sekarang!
LESEN MOTOSIKAL PERCUMA 2020
Berikut antara syarat-syarat memohon lesen motosikal percuma:
- Permohonan hanya boleh dibuat online / manual
- Pemohon mestilah berumur 16 – 40 tahun untuk lesen B2 sahaja
- Terbuka kepada bujang dan berkahwin
- Terbuka untuk anak jati Terengganu / yang sudah bermastautin lebih 10 tahun di negeri tersebut
- Berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
- Pemohon hanya boleh mohon sekali sahaja
- Yang masih bersekolah / belajar di IPT layak memohon namun perlu pengesahan tempat pengajian masing-masing
- Latihan memandu mestilah di Institut Memandu di Terengganu sahaja
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di atas, anda boleh mengisi borang permohonan online di sini.
Untuk memohon secara manual, terdapat beberapa dokumen yang perlu diserahkan MPKK antaranya:
- Kad Pengenalan
- Slip Gaji / Pengesahan Tempat Belajar
- Jika tiada slip gaji perlu kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh MPKK atau Penghulu Mukim
- Pemohon OKU mesti mengepilkan bersama salinan Kad OKU
TENTANG IDANA TERENGGANU
iDANA Terengganu merupakan skim bantuan kerajaan negeri bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki lesen motor percuma.
Selain pemberian lesen motosikal, iDANA turut menyediakan insentif bantuan raya dan dana bakti remaja sebanyak RM200 kepada anak muda yang belum berkahwin berumur 21 – 40 tahun.
Tahun ini sahaja kerajaan Terengganu memperuntukkan dana raya sebanyak RM16 juta.
Setiap DUN diperuntukkan sebanyak RM500,000 dengan jumlah penerima maksima adalah seramai 2,500 orang.
Setiap pemohon pula diberi RM200 seorang, bergantung kepada arahan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan dana berkenaan dijangka akan dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 28 dan 29 Mei lepas.

KEPUTUSAN LESEN MOTOR PERCUMA
Semakan pemberian lesen motor percuma kini boleh disemakan di portal rasmi iDANA Terengganu.
Menurut satu kenyataan akhbar, skim tersebut menerima lebih kurang 49,500 permohonan dari seluruh daerah.
Namun dengan peruntukan sebanyak RM7 juta, kita hanya dapat menerima 25,000 pemohon bagi tahun ini.
Semoga usaha baik ini dapat diteruskan Kerajaan Persekutuan untuk golongan B40.
Post a Comment
0 Comments