Permohonan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) 2020


Berita baik kepada anda yang bekerja dalam sektor swasta, Kerajaan ada memperuntukkan dana untuk pembelian rumah pertama melalui Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau lebih dikenali sebagai skim MyHome 2020.




Dengan skim bantuan ini, kerajaan menyediakan insentif sehingga RM30,000 untuk setiap unit rumah yang mahu dibeli.

Baca juga: Permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 BSN MyHome


SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA MYHOME

Skim MyHome ini sudah di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.



Skim ini adalah salah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan pekerja yang berkerja dalam sektor swasta dapat membina lebih banyak rumah mampu milik.

Di tahun 2015 lalu, kerajaan telah mengeluarkan peruntukkan yang berjumlah RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.


Skim MyHome 2020 dijangka akan dibuka semula pada 20 Januari ini.

Sekiranya berminat anda boleh mohon di portal Sistem Pengurusan Perumahan Negara KPKT.

SYARAT KELAYAKAN

Kepada anda yang memenuhi syarat-syarat berikut untuk memohon Permohonan Skim MyHome 2019




  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama
  • Membuat permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah
  • Calon yang memohon hendaklah mengikut ketetapan pendapatan isi rumah bagi MyHome 1 dan MyHome 2
Bagi setiap permohonan yang dibuat akan disemak oleh Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Skim MyHome yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPN, KPKT dan dianggotai oleh Wakil Kementerian Kewangan, Wakil Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Berkaitan/ Wakil Bahagian Dasar KPKT dan Wakil Pemaju Perumahan berkaitan.

Baca juga: 
Permohonan Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020

CIRI-CIRI RUMAH MYHOME 2020

Ciri-ciri rumah yang dibina di bawah Skim MyHome adalah dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut dikongsikan antara ciri-ciri lain rumah MyHome.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi MyHome di https://sprn.kpkt.gov.my/info/myhome

Setiap permohonan perlu disertakan beberapa dokumen sokongan seperti:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
  • Salinan surat pengesahan majikan
  • Salinan penyata gaji terbaru
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan
Semua dokumen yang dikemukan hendaklah dimuat naik ke sistem MyHome.

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi KPTKT. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi nombor berikut 03-8891 4027/ 4054 / 4055 / 4062 atau melalui emel myhome@kpkt.gov.my

Post a Comment

0 Comments