Cara Semakan Online Bagi Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020

Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020


Ini adalah berita baik untuk penerima Bantuan Sara Hidup. Anda mungkin layak untuk mendapatkan Program Subsidi Petrol (PSP) yang akan diberikan bermula januari 2020.

Untuk menyemak kelayakan ini ia boleh di buat bermula 15 Oktober di portal rasmi KPDNHEP.

Untuk skim bantuan yang lain, anda bolelah merujuk pembentangan Belanjawan 2020 yang dibuat minggu lepas.

Yang layak mendapatkan skim bantuan ini, bantuan tunai akan disalurkan terus ke akaun si penerima dalam masa empat bulan sekali

Kadar subsidi adalah berjumlah RM30 bagi pengendara kereta dan RM12 kepada motosikal yang dikira pada setiap bulan





SEMAK KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI PETROL 2020

Melalui PSP terbaru, bantuan hanya akan disalurkan kepada golongan yang layak menerima iaitu, warganegara berpendapatan rendah yang sangat memerlukan bantuan program ini.

Namun, penerima BSH haruslah memenuhi ciri-ciri kriteria 
pemilikan kenderaan seperti yang telah ditetapkan iaitu kereta 1600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1600cc yang mencapai umur 10 tahun ke atas.

Manakala motosikal pula, calon yang layak hanyalah motosikal 150cc ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang telah mencapai 7 tahun ke atas.

Oleh itu, Program ini dijangka akan dinikmati oleh 2.8 juta penerima BSH dengan anggaran RM65.4 juta setiap bulan yang diperuntukkan.

Orang ramai bolehlah menyemak kelayakan Program Subsidi Petrol di portal psp.kpdnhep.gov.my yang bermula pada 15 Oktober.


SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan terkini bagi yang memohon permohonan subsidi Petrol (PSP) bagi tahun 2020

  • Calon haruslah penerima BSH yang berada di Semenanjung Malaysia sahaja

  • Memiliki kenderaan yang berdaftar dan wajib memiliki lesen kenderaan yang sah

  • Had pemilikan kenderaan adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja
Kenderaan yang layak menikmati skim PSP adalah seperti berikut:




  • Kereta ≤ 1,600cc

  • Kereta > 1,600cc dan berusia ≥ 10 tahun

  • Motosikal ≤ 150cc

  • Motosikal > 150cc dan berusia ≥ 7 tahun

Sila rujuk gambar dibawah dimana RM30 untuk kereta manakala RM12 untuk motosikal.



Buat masa sekarang bantuan skim ini adalah terhad kepada penerima BSH di Semenanjung Malaysia sahaja.

Merujuk kepada 
kenyataan menteri KPDNHEP, kerajaan mengambil kira keperluan penduduk di Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang kebanyakan mengguna kenderaan yang berkapasiti enjin yang besar dan menggunakan diesel.

Oleh itu, penduduk 
Sabah, Sarawak dan WP Labuan telah dikecualikan daripada Program Subsidi Petrol dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95.

Namun, rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan menikmati subsidi petrol RON95 secara pukal pada harga runcit semasa iaitu pada kadar RM2.08 seliter.

Untuk soalan lazim berkaitan skim bantuan subsidi petrol ini anda boleh download PDF ini.

MANUAL SEMAKAN PSP 2020

Untuk menyemak status 
kelayakan subsidi petrol ini, anda perlulah layari portal rasmi PSP di sini.

Kemudian klik pada butang “Checkbox” seterusnya masukkan nombor MyKad dan klik pada butang “Semak”.

Bagi penerima yang layak, anda perlu kemaskini maklumat akaun bank dengan cara berikut:


PERMOHONAN RAYUAN

Terdapat beberapa sebab kenapa permohonan subsidi petrol anda gagal, antaranya:
KOD01 – Tiada rekod sebagai penerima BSH
KOD02 – Alamat pemohon di Sabah / Sarawak
KOD03 – Tiada kenderaan berdaftar dengan JPJ
KOD04 – Tidak menepati kriteria kelayakan kenderaan
KO05 – Melebihi kelayakan pemilikan kenderaan

Untuk membuat permohonan rayuan bagi setiap kod alasan tersebut, sila klik pada butang “Ingin Merayu” dan isi semula permohonan anda supaya memenuhi syarat kelayakan subsidi petrol 2020.

Jika 
terdapat persoalan yang lain, anda boleh hubungi talian hotline PSP di nombor 1-800-886-800 atau melalui WhatsApp 019-278 6356.

Post a Comment

1 Comments